Posted by: bitsaidin | October 14, 2009

FT17

ft17

Salam..

Sudah lama dah tidak meng’update‘ blog neh..dah bersawang dah rasenye..Bukan ape, tak de cerita menarik yang boleh dikongsi bersama.  Faham-faham je la, kerja macam gua sekarang ni, kurang menariknya berbanding dulu..Dari multimedia graphic designer kepada juruteknik komputer..fuhh, tapi syukurlah sekurang-kurangnya ade la jugak kerja..

Masuk hari ni, dah 4 bulan dah gua kerja di sini..”Camne, best ke keje situ??” Jawapan gua ringkas aje..”Hmm, boleh la”.. Bukan mengeluh tapi banyak perkara yang rasa-rasanya gua patut simpan aje la..Mana yang gua terlepas cerita tu tak pe la, maybe gua tengah baran time tu..

Banyak perkara yang perlu gua pelajari sekarang ni..

Terima kasih semuanya..

Posted by: bitsaidin | September 18, 2009

hepi eid-mubarak

blog raye

Posted by: bitsaidin | September 14, 2009

misi

mission

Dari semalam gua memikirkan pasal ini..

Apekah itu, ia adalah PASTI..gua kan LELAKI!!

Posted by: bitsaidin | August 27, 2009

berbuka puasa

Semalam (270809) gua mendapat jemputan berbuka puasa dari kawan gua – Wati – di Restoran Al-Marjan KLCC..Masakan ala Parsi~Labenon, fuh..penuh dengan kambing aje..Rugi betul la gua ni x berapa minat makan daging kambing..

Gua amik gambar banyak, tapi banyak jugak yang kena delete sebab gambar blur~shaking akibat kelaparan..haha

1

2

Gile semangat sampai awal..

6

4

Daud + Ju-are

3

Ni aje yang larat gua sebat, tapi tak abis makan semua pon..haha..

5

Yang hadir~

Gua – Ila – Daud – Ju-are – Wati

Hari ni tak tersedar nak bangun sahur..adus..melepek

p/s: Sian kat ko Muin, tak berkesempatan nak berbuka sekali..Lain kali la ye…

Posted by: bitsaidin | August 24, 2009

salam Ramadhan

marhabanSelamat menyambut Ramadhan untuk kalian semua..Semoga mendapat keberkatan dari-Nya.

Gua sudah lali tiap kali menjelangnye bulan puasa.Setiap tahun kawan-kawan rapat gua akan menanyakan soalan yang sama tiap-tiap tahun..

“Bit, tahun ni target nak turun berapa kilo berat badan??”

Ini bukan mengeluh ye!!! Berat badan gua dah memang susah nak turun+naik dah sekarang ni..Mungkin sudah ade lemak-lemak tepu yang sangat degil berselindung di celah-celah kulit putih gebu gua ni..haha

Tapi tahun ni gua akan tetap menyahut cabaran yang sama..Tunggu aje la hasilnya nanti..

Credit to kulaan gua: http://tersurat-tersirat.blogspot.com/2009/08/cabaran-tukar-saiz-seluar.html

P/S: Baju raya sudah siap…Risau kalau-kalau tak boleh pakai nanti samada makin membeso’ atau makin kurus…hahaha

Posted by: bitsaidin | August 6, 2009

demam

Pening kepala gua dari Ahad lepas masih belum pulih lagi…Dalam minggu ni saje, dah dua kali gua ke klinik..Suhu badan ok, tp kepala gua aje yang pening-pening..Semua ubat sudah gua telan perabis,tapi masih belum reda…Balik ni mau pegi klinik da…

*Setakat hari ni, dah 12 orang maut akibat H1N1..risau pulak

Posted by: bitsaidin | July 16, 2009

jam 5

kul 5Isnin sehingga Jumaat – tak sabar menunggu untuk balik rumah bila jam dah pukul 5..

Betul kata orang-‘Rumahku Syurgaku’

Tapi persoalannya…..Mengapa sekarang baru gua perasan??

P/s: Jangan jadi seperti gua..Rasanya semakin kurang efektif..Oh, diriku..bangkitlah

Posted by: bitsaidin | July 9, 2009

memaksimakan tahap kesabaran

pc

Rasanya, inilah dugaan paling berat yang gua tanggung semenjak bekerja di sini..Gua rasa ramai orang memandang gua ni lembab+bongok+tak pandai buat kerja rasanya ataupon perasaan gua aje sekarang ni..

Cuba korang bayangkan, apakah perasaan korang apabila tak pasal2 pc korang restart tak pasal-pasal..Bukan sekali-dua, tapi 7 hingga 8 kali dalam sehari??stress??ahh..mungkin anda akan berkata TIDAK jika anda mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi..

Membetulkan PC+hardware+software memang tugasan gua..Tapi PC gua ni rasanya memang dorg tak tahu..Gua tak tahu la bagaimana situasi dorg jika berada di tempat gua sekarang ni..

Wahai orang yang bertanggungjawab, silalah dengari masalah gua ni…Tak tahan dah woi..

Sabar la bit~

p/s: PC gua dah restart 5 kali semenjak pagi time gua nak post entry ni..sabar2….

Posted by: bitsaidin | June 30, 2009

Cerita Hari Ahad

Ahad: 12.30 am

Keinginan gua untuk makan durian akhirnya tercapai jua setelah sekian lama mengidam..Rakan serumah gua baru balik dari Kajang membawa pulang 3 biji durian yang dibekalkan oleh orang tuanya di kampung. Sesampainya di rumah, gua tanpa segan silu terus makan tanpa menghiraukan rakan2 yang lain..haha.Gua memang seorang yang pelahap time2 camni.

Selesai mandi(badan panas akibat penangan durian tadi), gua terus landing di katil gua..Terus aje terlelap..

Ahad: 5.50 am

Perkara paling memalukan gua semenjak duduk di shah alam ni..Gua mengigau cabut mentol lampu kelimantang di dalam bilik..  Sedar-sedar aje gua sedang pegang mentol tersebut, arghhh..memalukan sungguh..

 

“Weh, ko buat ape tu gelap-gelap camni??”, roomate gua tegur.

Takde apa, aku tengok mentol ni macam nak tercabut aje..(Baik gua cover line)..

(Dalam mimpi tersebut, gua sedang berjalan-jalan untuk mencari durian..Panjat punya panjat bukit tersebut akhirnya tak lepas..Akar yang gua berpaut itu sebenarnya adalah mentol dalam bilik gua yang kedudukannya tinggi..Gua perlu berdiri untuk mencapainya)

Selepas kejadian tersebut, eskiden ini menjadi buah mulut yang paling hangat di dalam rumah gua…

Bila teringatkan semula kejadian tersebut, membuatkan gua sakit perut, gelak kuat sangat..Hahaha..bodoh betul boleh mengigau macam tu.

~end~

Posted by: bitsaidin | June 22, 2009

selamat hari bapa

Selamat hari bapa buat abahku, Saidin bin Aziz..Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia bersama mak sehingga ke akhir hayat..Syukri sayang abah tauu..

Abah baik, bertanggung jawab, sedia menerima pendapat anak2, penyayang, dan macam-macam lagi la..susah syukri nak ungkapkan betapa banyaknya dan betapa besarnya pengorbananmu abah…

Duduk berjauhan dengan abah membuatkan syukri sentiasa teringatkan masakan special abah..mee goreng nanges dan ayam masak pedas abah…terbaik di dunia tuu..Tak akan lepaskan peluang utk abah masak masakan kegemaran kami adik-beradik bila kami pulang ke kampung…

Sayangggg Abah.

syuk-abah

_________________________________________________________________________________________________

Takziah buat Kak Jue di atas pemergian ayahanda tercinta, Zakaria bin Hussin pada hari Sabtu 20-06-2009 Bersamaan 26 Jamadilakhir 1430H..Sabar dan tabah menerima kenyataan dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh..amin~

Older Posts »

Categories